peng! peng! (bunyi tembak)
-Hari ini aku tidak ada karbohidrat dalam badan.Bila tidak ada karbohidrat mahupun protien untuk sumber tenaga maka kesannya badan aku jadi lembik, tidak produktif langsung.Oleh sebab itu, kerja yang aku boleh buat ialah baring-baring, terlentang, rehat, goyang-goyang kaki, tidur-tidur ayam,menonton tv,dan melayari internet saja.Nak bangun dari sofa ruang tamu pun rase macam ada batu kene tindih dekat dada.berat.berat.Mak suruh buat itu dan ini pon mengeluh-ngeluh.Ade ke perkataan ni? itula.pemalas.Sapa suruh tak sahur pagi tadi.padan muka aku.
- Tp petang tadi kuatkan badan pergi Taman Permata sbb konon nak pergi roadshow RQ eventho hujan.Kemudian berbuka cempedak goreng panas semasa hujan.wooh..mmg menyengat! cewah.
-Komputer riba aku pon tidak sihat hari ni.Lembab die...ya ampun...rasa nak tampar-tampar komputer riba aku nie laju-laju pon ada juga.Bermula daripada Opening Windows sehinggalah ke loading maklumat sampai membuka fail-fail seperti fail gambar saya (My Pictures), fail musik(music), fail dokumen saya (My Documents) dan lain-lain mengambil masa hampir satu jam.Kalau berlumba dengan siput babi berjalan sampai ke garisan penamat rasa-rasanya siput babi jadi juara pingat emas.Pada pendapat aku lah kan, ade cacing sesat dalam cakera keras C menyebabkan fail-fail dalamnya bersepah-sepah dibuat cacing sesat tu..Itu yang lembab tahap dewa fail-fail aku nak keluar pada skrin akibatnya apabila tetikus komputer riba aku tekan dan tekan tekan dan tekan tekan dan tekan lagi pada fail-fail tersebut tak keluar-keluar langsung.Mungkin fail-fail aku menyorok sebab ketakutan berkemungkinan besar akan dimakan oleh cacing sesat itu akibat kelaparan.Ingat nak kasi tolong cacing sesat balik ke rumah asal dan susun balik fail-fail tu nanti.
-Esok pagi sepatutnya aku patut ke Batang Kali.Bukan batang hidung mahupun batang kayu ya, dapat follow up dari seorang kakak ni.Baik sungguh.Daripada follow up tak putus-putus di email beritahu aku apa patut bawa sehinggalah menumpangkan aku kenderaan pergi dan pulang menyebabkan aku tak sampai hati pulak nak menolak jemputan daripada kakak tu.Sbb aku sememangnya malaaaasss betul nak pergi.Tak kisahlah, baik hati punya pasal, aku pun jadi pergi.Anehya, malas nak fikir esok nak pakai baju apa, tudung yang match dengan baju lagi, beg lagi.Adoi.Aku selalu ada masalah dan banyak buang masa tentang hal ini.heh.Padahal akan bergerak dari rumah tepat pada pukul 8.00 pagi esok.Harap-harap, esok pagi bila dah resah gelisah lambat baru diri jadi semangat dan pantas untuk bersiap.. KOT.haha.
-Aku hari ni semakin menyirap menonton gelagat dan kerenah kedua-dua parti yang akan bertanding di pilihanraya 26 Ogos nanti.Masing-masing salah tuduh menuduh, carik kesalahan, saman-menyaman, sumpah menyumpah pakai Al-Quran (Tajol Rosli makin berani).Kene sambar petir baru kau tahu.Media pon dua kali lima sama sahaja.Chilllah weyyh cam Akim tuh.tak elok drama-drama nie.Semua cerita lebat je lebih.
Menyampah.(sebut 1x)
Menyampah.(sebut 2x)
-Sesiapa yang menyampah sekali dengan aku tolong angkat tangan! yeeey.Aku dah nampak korang.
-Paling penting, aku sememangnya semakin daif.Aku boleh dengar wallet aku menjerit sebab takde member- member.Nak hantar mesej kepada kenalan melalui telefon bimbit aku pon tidak sampai.haha.Tolong beri sumbangan pada aku.Elok tahu.bulan puasa dah dekat.Dapat pahala lebih.Bukankah itu sedekah.Pepatah mengatakan orang yg pemurah murah rezeki.heh. XP
-kamu semua perasan tak yg entry nie hampir-hampir baku belaka?
aku baru sedar tadi.haha.
=)
150: Rabiul Akhir 1446H
2 weeks ago
No comments:
Post a Comment