Monday, January 14, 2008

tragedi tragis

KUALA LUMPUR: Sebuah wallet telah musnah dalam mesin basuh jenama TOSHIBA hari ini di sebuah rumah teres dua tingkat Wangsa Melawati.Kejadian ini berlaku apabila tuan punya wallet telah membasuh seluar tracksuitnya malam semalam pada pukul 1.40 pagi tanpa menyedari bahawa wallet itu masih di dalam poket seluar tersebut.Tuan rumah itu hanya menjumpai wallet tersebut pada keesokkan harinya apabila beliau ingin pergi ke tempat kerja pagi tadi.Beliau sangat sedih terhadap tragedi yang menimpa wallet tersebut.Hal ini telah menyebabkan kemusnahan harta benda yang penting dan kerugian tanpa batasan.Anggaran kerugian mencecah RM36.50.Antara yang musnah ialah Slip NO ID UPU, Kad Syarikat X-Faxtor,Kad Harry Potter Ajaib,Kad Orange Member,Kad Ampang Sports Planet Membership,beberapa keping gambar bersaiz pasport dan beberapa wang ringgit Malaysia.Bertanya mengenai perasaan terhadap tragedi yang menimpa yang mahu dikenali sebagai pharie 19, beliau menjawab
" saya semestinya sedih dah simpati terhadap apa yang berlaku pada wallet saya.Ya, mmg banyak benda penting musnah,tp saya tak berapa kisah sangat, yang saya kisah sangat sangat ialah Slip No ID UPU saya tu.Dah la saya x ingat no ID UPU saya tu.terpaksalah saya pergi ke skolah saya balik mintak pada kaunselor saya.haha.Tptp, x per, camni bolehla jadi alasan untuk beli wallet yang baru.lalalalaaa~"





o.0






sekian.

2 comments:

yaya said...

owh, saye juge telah mengalaminya pada hujung tahun lepas, kehilangan barang penting adalah sangat menyusahkan!

dan sampai saat ini saye masih pura-pura menjadi pendatang haram kerana belum memiliki ic yang sah hehe.

pharie said...

hahaha! LOL tade ic ke? ceh.mmg sakit btol byk brg penting musnah.bukan ye musnah dek bende tajam tp air je.mengong.